spoon

Pulut kuning

Category:



Sebelum ni, ramai jugak yg menanya cara buat pulut kuning yang sedap. So kat sini aku turunkan resepinya.. Kakak aku yg ajar & Alhamdulillah so far mmg sedap .. InsyaALLAH..

Bahan2:
1 kg beras pulut (direndam semalaman dgn air, serbuk kunyit & 2-3 keping asam keping)
Santan pekat dari sebiji kelapa (anggaran 3 cawan)
Sedikit garam

Cara:
1. Sediakan pengukus. Alas pengukus tu dgn daun pisang. Boleh juga gunakan kain kasa yang bersih.
2. Masukkan beras pulut yang dah kembang ke dalam pengukus, kukus kira2 20 minit.
3. Sementara tu , sediakan santan pekat, masukkan sedikit garam . Rase ahh sket, cukup tak rase masinnye tu.. garam ni pon utk buat rase lemak pulut tu lbih ummppphh!!
4. Bila dah 20 minit pulut tu dlm pengukus, keluarkan & masukkan dalam besen/ mangkuk yg besar.
5. Sendukkan sedikit demi sedikit santan tu & tuangkan ke atas pulut yg masih panas. Gaul sebati menggunakan senduk kayu (senduk plastik pon boleyyy.. hehhe). Agak2 pulut tu nmpk basah, ok lah tu.. you're done with the santan. Tp jgn lebih2 sgt pulak, takut nnti pulut tu jd lembik.
6. Masukkan semula pulut ke dalam pengukus, dan kukus another 20-30 minutes.
7. Dah masak, bolehla dihidang bersama rendang.. Yummmyyyy

Tp yang ni, kubuat pulut kuning + serunding utk hantaran my bother in law..


Nota:
1. Beras pulut tu eloklah direndam semalaman. Ade yg rendam 2-3 jam tapi takut nanti pulut tu tak berapa kembang & lambat masak.
2. Petua letak asam keping tu supaya pulut cantik & berkilat2.
3. Sebolehnya gunakan air masak utk perah kelapa utk dapatkan santan tu, supaya pulut tak mudah basi

Comments (0)

Post a Comment